Lan Kristal

Mohd Razlan bin Mohamed Yusof (lahir 11 Jun 1985 di Taiping, Perak) atau lebih dikenali sebagai Lan Kristal atau kemudian sebagai Lan Yusof dan kini lebih dikenali sebagai Lan Solo merupakan seorang penyanyi dan pelakon. Beliau ialah bekas vokalis Kumpulan Kristal dari tahun 1999 sehingga membuat keputusan mengundur diri daripada kumpulan yang dianggotainya sejak pada November 2017.[1] Walau bagaimanapun, seelpas mengundurkan diri daripada kumpulan itu, Lan merancang membuat persembahan dengan lima orang anggota asal yang kini bekas ahli Kristal iaitu Ainol, Ezal, Ejan, Amai dan Joe pada Mac 2019.[2]Beliau juga merupakan salah seorang daripada peserta Gegar Vaganza musim ke-4 pada 2017 di mana beliau mendapat tempat ke-3.[3]

Lan Kristal

Pekerjaan Pelakon, penyanyi, pencipta lagu
Pasangan Nur Sheila Hassim (k. 2009)
Anak 4
Ibu bapa Mohamed Yusof Isa (bapa)
Rosiyah Mad Ali (ibu)
Tahun aktif 1999–kini
Nama lain Lan Kristal (1999-2017)
Lan Solo (2017-2018)
Pengkarya berkait Kristal
Kristal X
Instrumen Vokal
Syarikat rakaman Universal Music Malaysia
MVM Music
Seventeen Eleven Music
Kelahiran
Mohd Razlan bin Mohamed Yusof

(1985-06-11) 11 Jun 1985 (umur 36)
Genre Pop, Rock